Sunday, 1 March 2009

Kuching


Awal bulan Januari lepas, aku akhirnya menjejakkan kaki aku di bumi Malaysia Timur. Sebelum cuti lagi aku dah beli tiket dan merancang untuk bercuti di sana. Tidak semua mengikut perancangan. Orang yang sepatutnya menjadi tuan rumah terpaksa balik ke tempat lain. Walaubagaimanapun, dia dah aturkan orang lain untuk ambil alih. Aku segan sebab tidak berapa kenal orang yang diganti itu. Tetapi tiket dah dibeli dan kos untuk mengubah tarikh tiket untuk pendekkan waktu pelancongan lagi mahal dari bayar sewa rumah tumpangan murah di sana jadi aku pergi juga. Bila sampai disana aku disambut dengan ramahnya oleh tuan rumah baru aku & mereka memang bersemangat nak bawa aku jalan-jalan di bandar Kuching. Layanan memang bagus.


Tempat dipergi: 
1. Kuching Civic Center (gambar atas sekali): Pemandangan 360ยบ bandar Kuching. Percuma untuk masuk.
2. Taman Persahabatan (gambar atas dan bawah): Taman meraikan hubungan diantara Cina Republik dengan bandar Kuching. Cantik dan kemas. Percuma untuk masuk.
3. Pantai Damai (gambar bawah sekali): pantai biasa. Masa aku pergi, musim tengkujuh, jadi laut keruh sikit & bergelora. Aku mandi juga, nasib baik tidak kena sauk.
4. Sarawak Kampung Budaya: rm 60 kot. tak ingat dah harga dia. Dapat menyumpit. Ada macam-macam aktiviti lain tapi masa aku pergi hujan lebat, jadi ada aktiviti dibatalkan.
5. Taman Negara Kubah: gunung untuk dipanjat atau air terjun untuk dimandi. Panjat 500 kaki tetapi kena patah balik sebab hujan lebat. Yuran: rm 5 atau 10, x ingat dah.
6. Pantai Sampan: 2 jam dari kuching. Laut bergelora jadi cuma tengok sahaja.
7. Taman Negara Gunung Gading: terletak di Lundu, 2 jam dari Kuching. Ada bunga rafflesia, air terjun dan gunung. bunga rafflesia x mengembang pada bulan Januari jadi aku x nampak. Menurut pegawai yang jaga tempat itu, bunga rafflesia mengembang awal bulan Mac. Yuran masuk rm5/10, juga x ingat.
8. Semantan: Kampung nelayan. Tidak ada apa-apa menarik. Mungkin makanan laut murah disini.
9. Kampung Bau: Ada 2 gua. Tidak dapat pergi sebab jalan ke gua banjir.
10. Waterfront Kuching: Di persisiran sungai Kucing, di tengah-tengah bandar Kuching. Boleh naik bot untuk pusing-pusing di sungai. Ada orang nak "pow" aku disitu tapi disebabkan aku ditemani orang sarawak, diapun berundur. Dia tanya "ko kacau perempuan kat sini eh?". macam itu lah lebih kurang dia cakap. Aku tak paham sangat pun apa yang dia cakap dengan dialect sarawak yang pekat (dah bukan bahasa melayu -  pendapat aku semata). 
11. Golden triangle: Nama canggih tapi ini sebenarnya patung-patung kucing di tengah-tengah persimpangan jalan berbentuk segitiga berlokasi depan hotel Hilton.   


Arrrghhh susah betul menulis dalam Bahasa Melayu. Bulan Januari bukanlah waktu sesuai untuk melancong di Kuching sebab musim tengkujuh. Masa aku pergi, hujan & banjir paling teruk sejak 40 tahun lalu menimpa Kuching. Memang bukan nasib aku. Banyak perjalanan aku ada sahaja tidak kena. Masa aku pergi umrah masa kecil-kecil dulu pun, aku x dpt nampak kaabah sebab ditutup untuk membuat renovasi. 

2 comments:

Nuha said...

waaa... apesal aku baru perasan update yg ni?

btw, patutla unai beriya nak pegi kuching, rupanya banyak tmpt menarik bleh pegi.

Anonymous said...

Beautiful place. Perfect for photo shoot.