
Sudah genap 3 minggu sejak ku pulang ke tanah air tercinta. Aku hanya hari ini kembali menulis untuk menggerakkan otak menulisku sebelum ia berkarat. Lagipun, aku ingin berkongsi pendapatku mengenai penswastaan IJN. Penswastaan ini secara prinsipnya dipersetujui oleh kerajaan dimana Sime Darby telah menawar untuk membeli 51% share IJN dari kerajaan. Aku tidak tahu kenapa kerajaan ingin menswastakan badan tersebut. Secara umumnya, penswastaan diharapkan dapat meningkatkan mutu servis dan kecekapan badan korporat tersebut. Namun, sejarah menunjukkan penswastaan dinegara kita tidaklah berhasil begitu baik seperti yang dinyatakan pada blog Anwar Ibrahim. Tambahan pula, menurut Dr Mahathir, IJN tidaklah mengalami masalah dalam mengendalikan servisnya dengan cekap. Beliau juga menyoal apakah keuntungannya pada dua-dua pihak (kerajaan & Sime Darby) jika penswastaan ini diteruskan. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa penswastaan ini diutarakan kerana ada yang akan mendapat $$$ daripada proses ini. Wallahua'alam. Apa yang aku risaukan, jika penswastaan ini diteruskan, dan jika Sime Darby dibenarkan, mereka tentu akan meningkatkan kos rawatan untuk menebus kembali laburan mereka. Jadi disarankan agar kepada perokok-perokok, berhentilah. Kurangkan makanan banyak lemak, gula ringkas, dan garam. Bersenam selalu.
No comments:
Post a Comment