Monday, 3 November 2008

Cuti

74. Cuti musim panas terakhir aku telah pun bermula. Pada bulan pertama, aku merancang untuk kumpul duit sikit dengan berkerja. Aku perlukan duit untuk perjalananku sepanjang cuti ini. 
82. Susahnya tulis dalam Bahasa Melayu setelah sekian lama tidak menulis. Terasa kekok dan hampir setiap ayat aku perlu berhenti untuk menterjermah perkataan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.
23. Aku telah kembali bermain Dota. Usaha untuk meninggalkan permainan komputer menemui kegagalan sekali lagi. Apa-apapun, sekarang tengah cuti, jadi sepatutnya tidak akan menganggu pelajaran aku. Sudah setahun tidak main dan kini Dota sudah versi 6.56 dengan peta baru (creep scourge tukar dan ada creep baru), watak baru (Admiral Proudmore dan Sylvias Windrunner),  barang baru (phase boot, magic stick, dan bole naikkan armour tower) dan arahan baru (boleh buang orang afk). Sesiapa yang belum berkecimpung dengan Dota, saya nasihatkan jangan cuba, nanti ketagih. lol. Bermain permainan komputer ini telah menjadi satu budaya dikalangan pelajar Malaysia tidak kira dimana. Menghabiskan 1 malam bertarung dalam alam maya merupakan satu kebiasaan dan ini 1 fenomena yang aku ada juga risau dengan masa yang terbuang tetapi tidak berdaya untuk berhenti atau nak menghentikan. Seronok. Eratkan silaturrahim. Kita menyesal kemudian.
41. Gambar dibawah merupakan satu papan tanda yang terdapat di Wales. Bahasa dibawah merupakan Bahasa Welsh dan bukan tafsiran sebenar ayat Bahasa Inggeris yang tertera di bahagian atas papan tanda tersebut. Tekan pada gambar tersebut untuk baca penjelasan lanjut.
50. Anda mungkin perasan yang bahawasanya aku cuba menulis dengan gramar yang betul dan bahasa yang teratur dan ejaan yang betul. Skema kata orang, tetapi seperti aku pernah tulis sebelum ini, rugi kalau kita tidak tulis betul-betul selepas meluangkan masa untuk menulis. Jika saya berjaya belajar Bahasa Arab, saya juga akan tulis dalam bahasa tersebut.  

No comments: