Daripada berita yang aku baca, nampak gayanya lapangan terbang Suvarnabhumi akan lama dikepong oleh penunjuk perasaan. Jadi aku telefonlah Jetstar dan alhamdulillah aku boleh tukar destinasiku tanpa bayaran tambahan. Aku pilih Singapura kerana tiada penerbangan terus ke Kuala Lumpur. Tetapi itinerari agak memenatkan. Aku bertolak 6 pagi esok dan akan transit di Sydney dan kemudian di Darwin sebelum medarat di Changi pukul 9 malam. Kemudian, aku akan bergegas ke Larkin Johor untuk ambil mana-mana bas ke Shah Alam. Tempahan penginapanku di Bangkok dan juga tiket penerbangan BKK-KL ku telah pun dibatalkan dan akan ditampung kosnya oleh pihak insuran. Tidaklah aku rugi sangat melainkan masa dan perasaan pasrah lambat balik 2 hari. Alhamdulillah. Cuma keretaku rosak, pad brek kena ganti ($230!), yang menjadikan semalam hari gembira aku malap sedikit. Walaubagaimanapun, ramai orang lain di dunia kini sedang menimpa kesusahan yang mengerdilkan kesusahanku:
1. Beribu orang terperangkap di Bangkok kerana pengepongan lapangan terbang.
2. Beratus orang mati atau cedera kerana serangan di Mumbai.
3. Puluhan hingga ratusan orang dan kapal mereka ditangkap oleh lanun Somali.
4. Rakyat Palestin yang masih ditindas oleh rejim zionis Israel.
5. Rakyat Iraq dan Afghanistan yang masih merana akibat kesan peperangan.
No comments:
Post a Comment