
Hujung minggu lepas, aku pulang ke Dunedin untuk: (1) menghadiri ceramah "Kerjaya dengan KKM", (2) pengiklanan PPIM NZ bab pelajar, dan (3) jumpa kawan-kawan lama. Secara ringkasnya, kandungan ceramah (1) adalah seperti berikut:
1. Latihan siswazah (housemanship) adalah 2 tahun. Gred gaji adalah UD44 (sekitar RM4k selepas elaun).
2. Khidmat negara: 3 tahun wajib berkhidmat dengan negara (samada KKM, K Pertahanan Malaysia, Universiti-universiti awam) sebagai pegawai perubatan (Medical Officer) setelah tamat latihan siswazah. Rasanya naik gred gaji pada tahap ini.
3. Setelah selesai khidmat negara, pegawai perubatan boleh memilih untuk samada kekal menjadi pegawai perubatan, atau menjalani latihan kepakaran untuk menjadi pakar klinikal ataupun menjadi pegawai pentadbir.
4. Latihan kepakaran: syarat-syarat untuk memasuki latihan kepakaran: (1) telah selesai khidmat negara, (2) telah berkhidmat dalam bidang pengkhususan sekurang-kurangnya 1 tahun, (3) umur kurang dari 46 tahun ketika diterima untuk mulakan latihan. Disebabkan syarat (2), penceramah mencadangkan agar kita membuat keputusan awal-awal untuk memilih kepakaran kita dan berkhidmat di dalam bidang yang berkenaan ketika menjalani khidmat negara.
5. Nasihat kepada bakal houseman: berbaik dengan pekerja-pekerja hospital dan jururawat kerana merekalah yang akan membantu/menyusahkan anda bergantung pada sikap anda pada mereka.
Berikut adalah link untuk Yahoo Group Persatuan Perubatan Islam Malaysia Bab Pelajar New Zealand kepada mereka yang berminat untuk menyertai persatuan ini.


No comments:
Post a Comment